Maklumat Kursus

 Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti pasir Gudang

 

Syarat Am Kemasukan  1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

 

Tempoh Pengajian 4 semester

 

SINOPSIS

Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar


PROSPEK KERJA 

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:


Pembantu Tadbir
Juruteknik Komputer
Pembantu Pengaturcara
Usahawan Teknologi Maklumat

 

 

Brosur