Maklumat Kursus

 Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Pasir Gudang

 

Syarat Am Kemasukan  1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

 

Tempoh Pengajian 4 semester

 

SINOPSIS

Program Fesyen dan Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan pakaian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

1. Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian.
2. Menghasilkan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif.
3. Berkebolehan menghasilkan pakaian wanita dan lelaki mengikut teknik yang betul.
4. Mempelajari dan menggunakan pelbagai teknik hiasan pakaian yang terdapat dalam sulaman
5. Mengetahui perkembangan evolusi fesyen dalam seni warisan.
6. Berkebolehan untuk menghasilkan jahitan pakaian yang kemas dan berkualiti.
7. Mengaplikasikan ciri- ciri keusahawanan di dalam bidang fesyen dan pakaian.
8. Mempraktikkan kaedah dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang berkaitan. 


PROSPEK KERJA 

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pembuatan pakaian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:

Pembuat pakaian
Usahawan fesyen
Pembantu pereka fesyen
Sewing associate
Fashion buyer
Ilustrator fesyen

 

Brosur