
Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
JKK merupakan tunjang utama kepada asas pengurusan akademik dalaman KKPG. Bertanggungjawab memantau dan menyelaras program yang ditawarkan di kolej juga menyelaras aktiviti kurikulum, penilaian dan peperiksaan, disiplin, kualiti kerja, jadual waktu pengajaran dan pengurusan aset setiap program akademik.
Jabatan ini terdiri daripada beberapa program dan dibantu oleh beberapa unit dan jawatankuasa bagi memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan lancar.
Setiap program adalah dibawah seliaan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran. Kolej ini mempunyai seramai 45 orang pensyarah dalam pelbagai bidang kelayakan akademik mengikut program. Terdapat 4 program dan 1 unit dibawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran iaitu :
- Program Perakaunan Perniagaan
- Program Teknologi Maklumat
- Program Kecantikan dan Dandanan Rambut
- Program Fesyen dan Pakaian
- Unit Pengajian Am