KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Maklumat Kursus Pendek

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempatJadual adalah tertakluk kepada kolej komuniti . Ahli komuniti perlu melihat dahulu iklan tawaran kursus pendek kolej komuniti . Anda boleh memilih mana-mana kursus untuk mendapatkan latihan.

KELAYAKAN MENJADI PESERTA KURSUS

Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

 

CARA MEMOHON

Melihat Iklan/takwim kursus yang ditawarkan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej berkenaan. 


TEMPOH KURSUS

Diantara 1 hari hingga 3 bulan.  Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.

 

TEMPAT KURSUS

Di dalam bangunan kolej Komuniti  atau di luar kolej komuniti. Sekiranya keadaan kursus itu lebih sesuai dibuat diluar bangunan kolej komuniti pihak kolej boleh mengaturkan agar kursus itu dijalankan di bengkel milik syarikat atau majlis tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan.


WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat. Kebiasaannya kursus diadakan pada hujung minggu.

 

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS

Ditentukan oleh pihak kolej komuniti. Namun demikian terdapat juga kursus-kursus yang diberikan itu berpandukan kepada nasihat daripada pakar luar yang mahir dalam sesuatu bidang itu. Jika bidang kursus itu bersamaan dengan bidang kemahiran yang dikhususkan kepada kolej komuniti tersebut maka pihak kolej komuniti kebiasaanya akan memberi tunjukajar kepada komuniti apa yang terbaik yang diamalkan oleh kolej komuniti itu.

SIJIL
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.


YURAN

Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus